Glosa merupakan sebuah bahasa tambahan buatan yang direka untuk komunikasi antarabangsa. Ia mempunyai beberapa ciri-ciri:
- Sebutannya tetap, dan ejaannya bersifat fonetik.
- Strukturnya sangat mudah dan beradasarkan makna.
- Ia merupakan bahasa analitikal tanpa infleksi atau jantina. Sebilangan kecil perkataan menguruskan hubungan tatabahasa.
- Glosa adalah neutral dan benar-benar antarabangsa kerana menggunakan akar Latin dan Yunani, yang digunakan dalam kosakata saintifik antarabangsa.